Lelaki ditahan rempuh White House dengan trak


Seorang lelaki merempuh kawasan berhampiran White House dengan trak besar yang dipasang bendera Nazi, semalam. – Gambar EPA, 24 Mei, 2023.

SEORANG lelaki yang memandu trak besar yang dipasang bendera Nazi merempuh kawasan berhampiran White House, ditahan dan didakwa kerana cuba membunuh atau mencederakan presiden, kata polis.

Pemandu itu dipercayai sengaja memandu dan merempuh ke pembahagi jalan di luar Lafayette Park kira-kira 10 malam waktu tempatan pada Isnin, kata polis.

Imej CCTV menunjukkan kain rentang swastika berwarna merah hitam ditemui ketika polis menggeledah trak itu.

Presiden Joe Biden dimaklumkan berkenaan insiden itu, kata jurucakap White House Karine Jean-Pierre.

“Presiden lega tiada sesiapa cedera dan bersyukur pihak berkuasa dapat bertindak dengan panas,” katanya.

Pemandu terbabit dikenal pasti sebagai Sai Varshith Kandula, 19, dari Chesterfield, Missouri, kata polis.

Dia didakwa atas tuduhan melakukan serangan dengan senjata berbahaya, memandu cuai, mengancam untuk membunuh atau menculik atau mencederakan presiden, naib presiden, ahli keluarga, memusnahkan harta persekutuan dan menceroboh. – AFP, 24 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen