Gagal capai majoriti, PM Greece minta adakan pilihan raya penentu


Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis mahu pilihan raya penentu diadakan selepas pilihan raya pada Ahad lalu gagal memberikan keputusan muktamad. – Gambar AFP, 23 Mei 2023.

PERDANA Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis mahu pilihan raya penentu diadakan berikutan pilihan raya pada Ahad lalu gagal memberikan keputusan muktamad. 

Pilihan raya pusingan kedua itu dijadual diadakan seawal 25 Jun, lapor Xinhua. 

Pada pilihan raya umum Ahad lalu parti pemerintah, Parti Demokrasi Baru (ND) memenangi 146 kerusi. Parti pembangkang SYRIZA-Progressive Alliance memperoleh 71 kerusi.

Bagaimanapun, ND gagal memperoleh majoriti untuk parlimen yang mempunyai 300 kerusi itu.

Dalam pilihan raya penentu, sistem pilihan raya yang disemak semula akan digunakan, memberikan bonus sehingga 50 kerusi tambahan untuk parti yang menang, sekali gus memudahkan pembentukan kerajaan yang ditadbir oleh satu parti sahaja. – Bernama, 23 Mei 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen