KAPSUL SpaceX yang membawa dua angkasawan dari Arab Saudi berjaya mendarat di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Isnin, sebagai sebahagian daripada misi persendirian yang dikendalikan Axiom Space.
Dua angkasawan Arab Saudi berkenaan adalah Rayyanah Barnawi, saintis yang mencipta sejarah sebagai wanita pertama mengembara dari negara itu mengembara ke angkasa lepas, dan seorang juruterbang pejuang, Ali Al Qarni.
Mereka selamat tiba bersama dua warga Amerika Syarikat – bekas angkasawan NASA Peggy Whitson dan ahli perniagaan yang juga juruterbang, John Shoffner.
Selepas dua jam mendarat, empat angkasawan terbabit masuk ke ISS untuk bertemu tujuh angkasawan yang sudah pun berada di sana yang terdiri daripada tiga warga Rusia, tiga warga AS dan seorang warga Emiriah Arab Bersatu.
Roket SpaceX berlepas dari Florida pada Ahad.
Misi ini, yang dinamakan Ax-2, adalah misi persendirian kedua selepas misi pertama, Axiom-1 berlepas pada April 2022.
Kumpulan itu akan berada di ISS selama kira-kira sepuluh hari untuk menjalankan kira-kira 20 kajian saintifik. – AFP, 23 Mei 2023.
Komen