PEGAWAI Kementerian Dalam Negeri menyerbu premis Swatch baru-baru ini kerana mempamerkan jam tangan Pride Collection, dan seterusnya merampas barang-barang itu, lapor The Edge.
Operasi itu dijalankan pada 13 dan 14 Mei di Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley Megamall, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo KL, Queensbay Mall, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah.
Amaran telah dikeluarkan kepada KTCC (Terengganu), Aeon KB, Aman Central Kedah, City Square dan Viva City Kuching.
Pihak berkuasa sebelum ini dimaklumkan melalui siaran media sosial, yang mengaitkan koleksi itu dengan sokongan kumpulan Coldplay untuk komuniti LGBT.
Jam tangan dihiasi dengan warna pelangi yang menandakan kepelbagaian dan keterangkuman.
Ketua pegawai eksekutif Kumpulan Swatch Nick Hayek dipwetik sebagai berkata beliau kecewa dan bimbang dengan rampasan itu.
Hayek berkata Swatch sentiasa dikenali kerana menggunakan jam tangan yang berwarna-warni dan menyeronokkan sebagai cara untuk meraikan individu daripada semua lapisan masyarakat.
“Swatch bangga menjadi kanvas di pergelangan tangan untuk semua orang di seluruh dunia dan ramai artis yang bekerja dengan kami. Kreativiti dan warna yang dipadankan dengan kualiti buatan Switzerland adalah perkara yang kami sukai. Kami menafikan dengan tegas koleksi jam tangan kami menggunakan warna pelangi dan mempunyai mesej keamanan dan kasih sayang boleh menjejaskan sesiapa.
“Sebaliknya, Swatch sentiasa mempromosikan mesej kegembiraan yang positif dalam hidup. Ini bukan politik. Kami tertanya-tanya bagaimana Bahagian Penguatkuasa Dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri akan merampas banyak pelangi semula jadi yang indah yang muncul ribuan kali setahun di langit Malaysia,” Hayek dipetik sebagai berkata. – 22 Mei 2023.
Komen