Toyota gantung ujian pandu kereta tanpa pemandu


Toyota menggantung ujian kereta pandu sendiri bagi membolehkan kakitangannya menjalani proses emosional selepas sebuah kereta tanpa pemandu terbunuh seorang pejalan kaki dalam satu kemalangan. – Gambar AFP, 22 Mac, 2018.

PEMBUAT kereta Jepun, Toyota hari ini berkata ia menggantung ujian kereta pandu sendiri bagi membolehkan kakitangannya menjalani “proses emosional” selepas sebuah kereta tanpa pemandu terbunuh seorang pejalan kaki dalam satu kemalangan.

Syarikat gergasi kongsi kenderaan Uber juga sudah menggantung penggunaan kereta pandu sendiri selepas sebuah kenderaannya melanggar dan membunuh seorang pejalan kaki di Arizona, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.

“Kami tidak boleh spekulasi punca insiden itu atau apa maksudnya kepada industri pandu sendiri selepas ini,” kata Toyota dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi syarikat itu di AS yang menjalankan penyelidikan tentang kenderaan autonomi, TRI.

“TRI sedang memberhentikan seketika ujian untuk mode Chauffeur bagi membolehkan pemandu lain melalui proses emosional susulan tragedi itu.

“Kami sedang memantau situasi ini dan merancang untuk menyambung semula ujian berkenaan pada waktu yang bersesuaian,” kata kenyataan itu.

Toyota berkata ia akan meneruskan ujian kereta semi autonomi di litar tertutup.

Tetapi semua ujian kereta autonomi di jalan awam, yang sebelum ini dijalankan di Jepun dan California dan Michigan, dihentikan.

Toyota, sama seperti Uber, mempunyai pemandu bagi kereta pandu sendiri ketika ujian, walaupun pemandu terbabit tidak semestinya dijangka mengendalikan kenderaan berkenaan.

Kemalangan Uber adalah kali pertama membabitkan kematian dalam kereta pandu sendiri dan pejalan kaki hingga mencetuskan kebimbangan tentang keselamatan kereta pandu sendiri.

Pembuat kereta Jerman, BMW semalam menyuarakan rasa simpati terhadap insiden itu tetapi berkata ia tidak akan menjejaskan projek kereta pandu sendiri miliknya, sementara Nissan tidak mengulas kejadian itu. – AFP, 22 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen