MISI persendirian kedua ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) berlepas dari Florida semalam membawa empat orang, lapor agensi berita (dpa) Jerman.
Misi Ax-2 berlepas dari Cape Canaveral dalam kapsul angkasa Crew Dragon, menggunakan daya tujahan roket Falcon 9.
Ia membawa krew kedua yang terdiri daripada bekas angkasawan NASA Peggy Whitson, bekas pemandu perlumbaan John Shoffner dan angkasawan Arab Saudi Ali Alqarni dan Rayyanah Barnawi.
Pasukan itu dijangka tiba di ISS hari ini dalam misi yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan angkasa swasta Axiom, agensi angkasa AS NASA dan bilionair Tesla Elon Musk’s SpaceX.
Kumpulan itu akan berada di ISS selama kira-kira sepuluh hari untuk menjalankan kajian saintifik.
Axiom-1, misi persendirian pertama ke ISS, berlepas pada April 2022. – Bernama, 22 Mei, 2023.
Komen