India keluar amaran gelombang panas di 7 negeri


Uttar Pradesh antara negeri di India yang dijangka mengalami gelombang haba minggu ini. – Gambar fail EPA, 21 Mei, 2023.

JABATAN Meteorologi India mengeluarkan amaran gelombang haba di tujuh negeri, kata pegawai pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua.

Gelombang haba berkemungkinan besar berlaku di beberapa kawasan di Uttar Pradesh dan Gangetic West Bengal, Jharkhand, selatan Haryana, barat Rajasthan, Chhattisgarh dan utara Madhya Pradesh.

Cuaca panas dan tidak selesa dijangka berlaku di Odisha dalam tempoh lima hari akan datang selain di wilayah Konkan, Andhra Pradesh, Tamil Nadu dan Kerala sehingga Isnin. – Bernama, 21 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen