Ukraine nafi Rusia tawan Bakhmut


Sebelum ini Presiden Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada tentera dan kumpulan separa tentera upahannya Wagner yang mendakwa telah menawan bandar simbolik itu. – Gambar AFP, 21 Mei, 2023.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menafikan Russia berjaya menawan Bakhmut namun mengakui bandar itu sudah musnah sepenuhnya.

“Anda harus faham, tiada apa lagi. Untuk hari ini, Bakhmut hanya ada di hati kami,” katanya ketika duduk di sebelah Prsiden Amerika Syarikat, Joe Biden ketika menghadiri Sidang Kemuncak G7 yang berlangsung di Hiroshima, Jepun hari ini.

Reaksi ini sehari selepas Presiden Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada tentera dan kumpulan separa tentera upahannya Wagner yang mendakwa telah menawan bandar simbolik itu.

Kehilangan Bakhmut akan memberi kesan kepada penduduk Ukraine selepas mereka bertahan berbulan lamanya.

Zelensky juga tidak jelas ketika memberi maklum balas ketika ditanya sama ada Bakhmut masih di tangan Ukraine.

“Saya rasa tidak. Tiada apa di tempat itu…hanya kemusnahan dan mayat tentera Rusia,” katanya.

Kejatuhan Bakhmut merupakan kerugian buat Moscow dan Kyiv namun membenarkan Moscow membawa pulang kunci kejayaan selepas beberapa siri kekalahan memalukan.  – AFP, 21 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen