10 maut dalam serangan bersenjata pada perlumbaan kereta di Mexico


Tangkap layar serangan bersenjata ketika perlumbaan kereta di Baja California, Mexico yang mengorbankan 10 nyawa. – Gambar Twitter, 21 Mei, 2023.

SEKURANG-KURANGNYA 10 orang terbunuh dan sembilan lagi cedera dalam serangan bersenjata yang berlaku semasa perlumbaan kereta di Baja California, Mexico, lapor agensi berita Sputnik memetik akhbar Milenio.

Dalam kejadian pada Sabtu itu, individu bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan peserta perlumbaan kereta di Ensenada, Baja California, menyebabkan sekurang-kurangnya 10 maut dan sembilan cedera, kata akhbar itu memetik pihak berkuasa tempatan.

Serangan itu dilaporkan berlaku di hadapan sebuah kedai serbaneka, tempat pemandu perlumbaan meletakkan kereta mereka.

Sebuah van kelabu memandu ke kedai itu dan individu tidak dikenali melepaskan tembakan daripada kenderaan.

Siasatan sedang dijalankan. – Bernama, 21 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen