Muhyiddin pernah kempen sokong DAP


SAYA merujuk sikap bingung yang dizahirkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) apabila ada pemimpin Umno minta ahlinya menyokong DAP pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang.

Hakikatnya, TSMY sendiri pernah mengajak rakyat menyokong DAP.

Meskipun TSMY rasa ‘agak luar biasa’ apabila ada pemimpin Umno menyeru ahli-ahlinya supaya menyokong DAP, ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang ganjil bagi dirinya sendiri. 

Hal ini kerana, beliau sendiri pernah berkempen agar menyokong DAP. Dalam satu ucapan pada Januari 2018, beliau berkata: “Prinsip PPBM, siapa bertanding atas Pakatan (Harapan) - DAP ke, Amanah ke, (atau) Keadilan, kita sokong 100%”.

Pada ketika itu beliau begitu yakin. Setelah terbuang dari Umno, PPBM dan Pakatan Harapan telah menjalin berkerjasama. Hasilnya, Pakatan Harapan menang dalam PRU-14.

Kali ini, gabungan 19 parti telah bermuafakat untuk merealisasikan titah Yang Di-Pertuan Agong agar sebuah kerajaan perpaduan dibentuk pasca PRU-15. Justeru, seruan untuk mengukuhkan kerajaan ini adalah penting bagi memastikan kestabilan politik dan pemulihan ekonomi Malaysia. Ini termasuklah dalam berdepan Pilihan Raya Negeri yang akan datang.

Jadi walaupun TSMY rasa ‘luar biasa’, ia bukanlah batu penghalang untuk parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan menerokai naratif baharu politik rentas parti bagi mengekalkan kestabilan dalam pentadbiran kerajaan hari ini. – 21 Mei, 2023.

* Sheikh Umar Bagharib Ali, Naib Pengerusi DAP Johor.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen