PRESIDEN Ukraine Volodymyr Zelensky akan merayu untuk mendapatkan sokongan diplomatik dan ketenteraan di Hiroshima hari ini ketika menyampaikan ucapan kepada sekutu G7 dan beberapa negara yang menolak untuk mengutuk pencerobohan Russia.
Dalam satu kunjungan mengejut ke bandar yang pernah mengalami perang nuklear itu, Zelensky memulakan hari ini dengan pertemuan dengan pemimpin G7.
Beliau kemudian akan bertemu pemimpin dari India, Brazil, Vietnam dan Indonesia serta dijangka memberi ucapan untuk meraih sokongan pertahanan Ukraine terhadap Moscow yang menceroboh negara itu sejak 15 bulan lalu.
Kehadirannya pada sidang kemuncak G7 mengalih pandangan daripada keganasan Russia, dan ia susulan mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS) untuk membekalkan jet pejuang lebih moden buatan AS.
Zelensky mendarat di Hiroshima semalam dengan penerbangan pesawat kerajaan Perancis dan memulakan sidang dialog dan mesyuarat pemimpin dari Eropah, India, Indonesia dan Kanada. – AFP, 21 Mei, 2023.
Komen