KEDUA-DUA pihak bertelagah di Sudan mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata kemanusiaan dilaksanakan selama tujuh hari, kata Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi semalam, dalam satu kenyataan bersama selepas rundingan semalam di Jeddah.
Wakil daripada kedua-dua pihak iaitu ketua tentera Abdel Fattah al-Burhan dan bekas timbalannya yang kini musuhnya, Mohamed Hamdan Daglo berjanji untuk tidak melakukan serangan ketenteraan selepas waktu gencatan senjata iaitu 9.45 malam waktu Khartoum pada 22 Mei.
Gencatan senjata akan berkuatkuasa selama tujuh hari dan mungkin dilanjutkan atas persetujuan kedua-dua pihak, kata kenyataan itu. – AFP, 21 Mei, 2023.
Komen