3 maut pesawat pelancong terhempas di Switzerland


TIGA maut selepas sebuah pesawat pelancong terhempas di kawasan pergunungan di barat Switzerland semalam.

Pesawat kecil itu terhempas di kawasan curam dan berhutan berhampiran Ponts-De-Martel di Neuchatel Switzerland sekitar jam 10.20 pagi waktu tempatan, kata polis.

“Juruterbang dan dua penumpang meninggal dunia di tempat kejadian,” kata polis Neuchatel dalam satu kenyataan, tanpa memberikan butiran lanjut mengenai mangsa.

Pesawat itu didaftarkan di Switzerland dan berlepas dari lapangan terbang Chaux-d-Fonds.

Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan di Pergunungan Neuchatel di mana kawasan nahas sangat curam.

Punca nahas belum dapat dipastikan dan siasatan akan dimulakan. – AFP, 21 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen