Remaja dalam video tampar askar Israel dipenjara 8 bulan


Video Ahed Tamimi menampar dua askar Israel tular di media sosial mendapat pujian rakyat Palestin kerana keberaniannya. – Gambar fail EPA, 22 Mac, 2018.

REMAJA perempuan Palestin yang ditangkap selepas video menampar dua tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki tular di media sosial, menerima tawaran rayuan pada Rabu yang akan menyaksikan beliau menjalani hukuman penjara selama lapan bulan.

Mahkamah tentera Israel di mana Ahed Tamimi sedang dibicarakan menerima tawaran antara beliau dan pihak pendakwaan dalam kes yang mendapat perhatian antarabangsa.

Tamimi, berusia 16 tahun pada masa kejadian iaitu Disember tahun lalu, dipuji sebagai pahlawan oleh rakyat

Palestin yang melihatnya menentang pendudukan Israel di Tebing Barat.Israel menuduh keluarganya menggunakan Tamimi, kini berusia 17 tahun, sebagai umpan bagi tujuan provokasi.

Beliau memberitahu pemberita pada Rabu sebelum mahkamah menerima tawaran itu yang “tiada keadilan di bawah pendudukan dan ini adalah mahkamah yang tidak sah.”

Hukuman Tamimi dalam perjanjian itu termasuk masa berkhidmat dan denda 5,000 shekels (AS$ 1,430, 1,166 euro), kata peguamnya, Gaby Lasky, yang bermaksud beliau akan dibebaskan pada musim panas ini.

Beliau menerima mengaku bersalah terhadap empat daripada 12 tuduhan terhadapnya di bawah perjanjian itu, termasuk serangan, hasutan dan dua tuduhan menghalang askar, kata Lasky.

Tentera Israel berkata dalam satu kenyataan selepas hukuman itu “akan terus beroperasi memelihara keamanan dan ketenteraman awam di (Tebing Barat) dan menguatkuasakan undang-undang termasuk sesiapa yang membahayakan tenteranya (Israel) dan menghasut keganasan.” – AFP, 22 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen