Jaguh badminton China Chen Long bersara


Jaguh badminton China Chen Long mengumumkan persaraan pada usia 34 tahun, menamatkan kerjaya gemilang menang semua warna pingat Olimpik dan gelaran juara dunia sebanyak dua kali. – Gambar AFP, 20 Mei, 2023.

JAGUH badminton China Chen Long mengumumkan persaraan pada usia 34 tahun, menamatkan kerjaya gemilang termasuk menang pingat emas Olimpik dan dua kali juara dunia.

Bekas pemain no.1 dunia itu menang emas Olimpik di Rio pada 2016 diikuti dengan pingat perak di Tokyo pada 2021.

Selepas itu beliau tidak menyertai mana-mana pertandingan dan secara rasmi mengumumkan persaraan, mengikuti jejak pemain lagenda China yang juga rakan sepasukannya, Lin Dan, yang bersara pada 2020.

“Ini adalah masa yang sukar untuk saya. Susah nak ucap selamat tinggal,” tulis Chen di Weibo, semalam.

“Di masa istimewa ini sangat sangat beremosi. Saya mahu ucapkan terima kasih kepada pasukan badminton China, keluarga dan peminat saya.

“Badminton adalah cinta hidup saya. Saya cukup bertuah dapat menyarung jersi nasional dan bermain untuk negara, kerana bukan semua mimpi dalam hidup jadi kenyataan,” tambahnya.

Pencapaian Chen seringkali dibayangi Lin yang lebih karismatik, tetapi beliau mempunyai kejayaan tersendiri, menang gelaran juara dunia pada 2014 dan 2015.

Beliau turut menang gangsa pada Olimpik London 2012, kejayaan yang memastikannya menamatkan kerjaya pemain badminton dengan menang semua warna pingat Olimpik. – AFP, 20 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen