Annuar Musa mengaku hantar borang ahli PAS


Annuar Musa mengakui sudah menghantar borang untuk menyertai PAS. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Mei, 2023.

BEKAS ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa mengakui akan menyertai parti PAS dan sudahpun mengemukakan borang keahlian secara rasmi.

Annuar yang tersisih dari senarai calon untuk bertanding mewakili BN dalam pilihan raya umum lalu memberitahu pemberita, terserah kepada PAS untuk menerima keahliannya

“Akhirnya, ketika berada di Tanah Suci baru-baru ini, baru saya dapat membuat keputusan berkenaan tetapi terpulang kepada pihak PAS mahu menerima atau tidak,” katanya.

Presiden Pertubuhan Muafakat Nasional itu dilaporkan berkata, beliau memutuskan perkara itu untuk kembali aktif dalam politik selepas meneliti senario semasa.

Anwar dilantik menjadi menteri sewaktu Umno membentuk kerjasama dengan PAS dalam kerajaan Muafakat Nasional pimpinan perdana menteri kelapan Ismail Sabri Yaakob.

Beliau giat mempromosi kerjasama dengan PAS walaupun selepas partinya membuat keputusan menamatkan kerjasama parti Islam itu.

Bekas ahli Parlimen Ketereh itu gagal mempertahankan kerusi tersebut dalam PRU14 dan seterusnya digugurkan dari senarai calon BN dalam PRU15.

Susulan itu, beliau mengumumkan penubuhan pertubuhan Muafakat Nasional. – 20 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen