RUNDINGAN berterusan untuk menaikkan siling hutang Amerika Syarikat (AS) antara subjek yang menjadi tumpuan pada sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Jepun, walaupun perkara itu tidak membimbangkan, lapor Sputnik.
“(Siling hutang AS) pastinya menjadi subjek yang menarik di sini di G7…Namun, ia bukan perkara yang membimbangkan…,” kata Penasihat Keselamatan Negara White House Jake Sullivan semasa taklimat akhbar pada Jumaat.
Sullivan berkata Presiden AS Joe Biden menyuarakan keyakinan dan percaya boleh “memandu” kepada keputusan yang boleh mengelak tercetusnya perbalahan apabila pulang ke tanah air untuk berunding dengan pemimpin Kongres. – Bernama, 20 Mei, 2023.
Komen