Meta terus berhentikan pekerjanya minggu depan


Meta akan memulakan satu lagi pusingan pemecatan minggu depan, selepas penamatan perkhidmatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini. – Gambar EPA, 19 Mei, 2023.

SYARIKAT teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat Meta akan memulakan satu lagi pusingan pemecatan minggu depan, selepas penamatan perkhidmatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Sputnik memetik laporan Vox.

“Gelombang ketiga akan berlaku minggu depan,” presiden Meta Hal Ehwal Global, Nick Clegg, dilaporkan berkata semasa mesyuarat agung syarikat semalam.

Pada Mac, ketua Meta Mark Zuckerberg mengumumkan penamatan perkhidmatan  dijangka pada akhir April dan Mei.

Meta dijangka mengurangkan saiz pasukannya kira-kira 10,000 orang, selain menutup 5,000 jawatan yang tidak diisi, kata Zuckerberg.

Pemecatan akan diteruskan sama seperti April, di mana 4,000 pekerja ditamatkan perkhidmatan, Clegg berkata semasa mesyuarat itu.

Penamatan perkhidmatan itu adalah sebahagian daripada “Tahun Kecekapan” Meta yang diumumkan Zuckerberg.

Inisiatif itu bertujuan untuk meningkatkan prestasi kewangan bagi melaksanakan visi jangka panjang syarikat, katanya.

Produk meta termasuk platform media sosial Facebook dan Instagram, serta aplikasi pemesejan WhatsApp. – Bernama, 19 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen