Pemimpin G7 peringati mangsa bom atom Hiroshima


Ketua-ketua negara dan kerajaan melawat tugu peringatan dan meletakkan kalungan bunga yang di tugu Taman Memorial Keamanan di Hiroshima. – Gambar AFP, 19 Mei, 2023.

WAKIL tujuh negara perindustrian demokratik utama (G7) memperingati mereka yang terkorban akibat bom atom yang dijatuhkan di bandar Hiroshima Jepun pada Perang Dunia Kedua, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ketua-ketua negara dan kerajaan melawat tugu peringatan dan meletakkan kalungan bunga yang di tugu Taman Memorial Keamanan di bandar itu.

Bom atom yang digugurkan oleh Tentera Udara Ameriak Syarikat (AS) pada 6 Ogos, 1945 itu, memusnahkan bandar, membunuh ribuan nyawa.

Tiga hari kemudian, bom kedua digugurkan di Nagasaki yang merupakan senjata nuklear pertama dan terakhir digunakan. – Bernama, 19 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen