AGENSI antirasuah menyiasat seorang tokoh perniagaan terkemuka dan seorang bekas menteri kanan berhubung penyelewengan lebih RM2.3 bilion kekayaan negara, menurut laporan.
Siasatan dijalankan hasi pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) dalam siri Pandora Papers, lapor Utusan Malaysia. melibatkan transaksi di pusat kewangan luar pesisir.
Penyelewengan itu melibatkan dakwaan kaitan menteri itu dengan pembelian, pemilikan dan pelupusan saham oleh satu syarikat gergasi negara dalam dalam satu firma tersenarai.
Bekas menteri kanan tersebut didakwa mendalangi operasi pembelian dan pemilikan saham tersebut yang dikaitkan dengan kemerosotan ekonomi negara dan kejatuhan nilai ringgit pada akhir 1990-an.
“... (dana negara) telah diseleweng untuk kepentingan individu-individu terbabit untuk diselamatkan daripada mengalami kerugian yang lebih teruk,” kata sumber itu seperti dikutip Utusan.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam laporan itu juga menyebut siasatan melibatkan pemilikan saham dua individu dan ahli keluarga mereka.
Jumlah harta tersebut dianggarkan berbililion ringgit di dalam dan luar negara.
Agensi itu dilaporkan merakam keterangan 14 saksi setakat ini. – 19 Mei, 2023.
MENYUSUL
Komen