LUKISAN pelukis terkenal Austria Gustav Klimt berjaya dilelong pada harga US$50 juta pada acara lelongan musim bunga tahunan New York, lapor berita Jerman agensi (dpa).
Karya awal abad ke-20 Insel im Attersee (Pulau di Tasik Attersee) berjaya dibida pengumpul dari Jepun dengan harga AS$53.2 juta, rumah lelong Sotheby’s mengumumkan hari ini.
Ia dijual selepas bidaan berlangsung selama tujuh minit, menurut rumah lelong itu.
Lukisan L’Empire des lumières oleh surrealist Belgium René Magritte (1898-1967) turut dijual pada harga yang tinggi iaitu AS$42.3 juta.
Secara keseluruhannya, lelongan Sotheby’s pada petang semalam mengaut sekitar AS$427 juta. – Bernama, 18 Mei, 2023.
Komen