ANTHONY Loke mengecam Muhyiddin Yassian berkata berkata DAP cuba memberi tekanan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2019 untuk menyelesaikan isu kalimah Allah di luar mahkamah.
Setiausaha agung DAP itu berkata Kabinet pada masa itu, dan bukan DAP, sebenarnya yang mencadangkan perkara itu diselesaikan di luar mahkamah.
Beliau berkata Muhyiddin, yang kini pengerusi Perikatan Nasional (PN), mengaitkan isu itu dengan DAP hanya untuk mempolitikkan perkara itu.
“Kes itu (Jill Ireland) adalah keputusan Kabinet pada masa itu dan mungkin beliau (Muhyiddin) tidak datang ketika Kabinet buat keputusan berkenaan.
“Tindakannya menyalahkan DAP tidak sesuai dan kita tahu ia adalah cara politik Muhyiddin untuk salahkan DAP.
“Pada masa itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak bersetuju dan meneruskan tindakan mahkamah. Apabila lebih banyak penyelesaian komprehensif dibawa untuk selesai luar mahkamah, ia ditolak dan kerajaan kalah dalam keputusan mahkamah.
“Muhyiddin tidak sepatutnya buat kenyataan seperti itu, tetapi kita tahu permainan dan tujuan politik beliau,” katanya ketika ditemui pada majlis penamaan semula Jalan Temian kepada to Jalan Dr Chen Man Hin di Seremban hari ini.
Loke berkata PN hanya mahu mencetuskan isu agama dan kaum.
“Seperti dinyatakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Kabinet mempertahankan prinsip yang isu agama perlu dikendalikan dengan sensitif dan baik,” katanya.
Menteri pengangkutan itu berkata Kabinet sebagai pembuat keputusan tertinggi di negara ini, sering mempertahankan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. – 18 Mei, 2023.
Berita penuh di sini.
Komen