AHLI Akademik di sebalik aplikasi yang menuai 50 juta data pengguna Facebook pada Rabu berkata beliau dijadikan kambing hitam oleh syarikat penganalisis data, Cambridge Analytica (CA).
Aleksandr Kogan berkata syarikat berpangkalan di Britain itu memberitahu beliau yang aplikasi itu “adalah sah dan dalam ruang lingkup syarat perkhidmatan” laman sosial gergasi itu.
Bekas pekerja CA itu berkata syarikat berkenaan mewujudkan profil psikologi ke atas 50 juta pengguna Facebook melalui aplikasi ramalan personaliti yang dimuat turun oleh 270,000 pengguna.
Ini dilakukan dengan memintas data daripada rakan-rakan pengguna Facebook tersebut di media sosial itu - yang ketika itu dibenarkan oleh Facebook.
CA menyalahkan Kogan, ahli psikologi dari Universiti Cambridge yang membangunkan aplikasi tinjauan personaliti yang dinamakan This Is Your Digital Life, untuk menyalahgunakan data. – AFP, 21 Mac, 2018.
Komen