Vaksin Covid-19 Johnson & Johnson tidak lagi tersedia di AS


Lebih 19 juta dos vaksin Johnson & Johnson Covid-19 diberikan di AS pada 11 Mei, menurut data CDC. – Gambar AFP, 16 Mei, 2023.

VAKSIN Johnson & Johnson Covid-19 tidak lagi tersedia di Amerika Syarikat, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, lapor Xinhua.

Semua baki stok vaksin Johnson & Johnson milik kerajaan AS tamat tempoh pada 7 Mei, menurut catatan di laman sesawang CDC.

Agensi itu mengarahkan pembekal untuk melupuskan mana-mana stok yang masih tinggal, menurut peraturan tempatan, negeri dan persekutuan.

Individu berumur 18 tahun ke atas yang menerima satu atau dua dos vaksin Johnson & Johnson Covid-19 disyorkan untuk menerima satu lagi dos mRNA bivalen Moderna atau Pfizer-BioNTech sekurang-kurangnya dua bulan selepas selesai dos sebelumnya, menurut CDC.

Lebih 19 juta dos vaksin Johnson & Johnson Covid-19 diberikan di AS pada 11 Mei, menurut data CDC. – Bernama, 16 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen