PEMBEKAL Apple dari Taiwan, Foxconn sedang mempertimbangkan untuk melabur AS$500 juta dalam sebuah kilang baharu di India, umum menteri IT negeri Telangana pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kemudahan baharu itu akan mewujudkan 25,000 pekerjaan di bandar metropolis Hyderabad selatan India, ciap menteri K.T. Rama Rao di Twitter.
Foxconn dan pembekal Apple yang lain sudah mempunyai kilang pembuatan di India dan terdapat insentif kerajaan untuk pengeluaran telefon pintar.
Bagaimanapun kebanyakan produk Apple masih dibuat di China.
Baru-baru ini terdapat laporan Apple mahu mempelbagaikan rantaian bekalannya berikutan ketegangan geopolitik dengan Beijing dan mengalihkan tumpuan ke India dan Vietnam. – Bernama, 16 Mei, 2023.
Komen