Mexico cadang bantah pemeriksaan kargo di sempadan Texas


Mexico akan mengemukakan aduannya kepada jawatankuasa kemudahan perdagangan Perjanjian Mexico-AS-Kanada. – Gambar AFP, 16 Mei, 2023.

MEXICO merancang membuat aduan kepada jawatankuasa kemudahan perdagangan perjanjian perdagangan bebas Amerika Utara, dengan menuduh pemeriksaan pengangkutan kargo oleh pihak AS menyebabkan kerugian berjuta-juta dolar, menurut Kementerian Ekonomi Mexico.

Sejak 8 Mei, kerajaan Texas memeriksa kenderaan kargo di persimpangan sempadan antara bandar Matamoros Mexico dan bandar Brownsville, Texas AS, dalam usaha menghalang kemasukan pendatang tanpa izin.

Bagaimanapun, langkah itu menyebabkan “kerugian berjuta-juta dolar” bagi kedua-dua syarikat Mexico dan AS kerana kelewatan sehingga 27 jam yang menyebabkan bahan cepat rosak, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan media.

Kementerian itu memulakan perbincangan dengan Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat untuk menangani isu itu.

Mexico akan mengemukakan aduannya kepada jawatankuasa kemudahan perdagangan Perjanjian Mexico-AS-Kanada, menurut kementerian itu. – Bernama, 16 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen