Kristian Sarawak rai keputusan kerajaan tarik balik rayuan kes kalimah Allah


Desmond Davidson

Kerajaan persekutuan tarik balik rayuan yang difailkan pada 2021 terhadap keputusan Mahkamah Tinggi benarkan kalimah Allah digunakan masyarakat bukan Islam. – Gambar EPA, 16 Mei, 2023.

PEMIMPIN gereja dan ahli politik di Sarawak hari ini mengalu-alukan keputusan Putrajaya untuk menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan.

“Kami alu-alukan keputusan kerajaan pusat yang bijak itu,” kata ketua paderi Aglican Kuching Danald Jute.

Tetapi pada masa sama beliau tetap bimbang jika Putrajaya berubah fikiran terutama bagi isu berkaitan dengan agama.

Katanya, beliau enggan mengulas panjang hingga mendengar sendiri kenyataan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution pada sidang media hari ini.

Adun Ba’kelalan dan ketua gereja Sijil Indang Borneo Baru Bian berkata keputusan itu sangat diterima dengan hati terbuka.

Baru berkata berakhirnya permohonan rayuan itu menawarkan satu resolusi demi kepentingan keamanan dan harmoni, saling menghormati agama lain yang sudah sekian lama menggunakan perkataan “Allah” dalam doa dan kitab suci mereka.

Katanya, beliau berharap semua pihak akan menghormati keputusan itu.

“Sebagai rakyat Malaysia yang berada di negeri Borneo, saya mahu tegaskan kebebasan beragama dan penggunaan Allah di Sabah dan Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia 1963. Tanpa negeri Borneo, tidak aka nada Malaysia,” katanya.

Kerajaan persekutuan memfailkan rayuan pada 2021 terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam untuk menggambarkan Tuhan.

Hakim Mahkamah Tinggi pada ketika itu Nor Bee Ariffin dalam keputusannya berkata arahan Kementerian Dalam Negeri pada 1986 yang melarang penggunaan empat perkataan oleh bukan Islam adalah “tidak sah” dan “tidak rasional”. – 16 Mei, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen