SEORANG remaja berusia 18 tahun menembak mati tiga mangsa dan menyebabkan beberapa yang lain cedera termasuk dua pegawai polis dalam satu insiden di New Mexico semalam, kata pihak berkuasa.
Pegawai polis respons kepada beberapa panggila kecemasan bergegas ke tempat kejadian di mana seorang suspek lelaki sedang melepaskan tembakan ke arah beberapa individu,” kata Timbalan Ketua Polis Baric Crum.
Empat pegawai cuba berdepan dengan suspek dan dapat menghentikan tindakannya itu, kata Crum.
“Suspek kemudian meninggal dunia, tetapi sebelum itu dia membunuh tiga orang awam.”
Insiden itu berlaku di Farmington, bandar yang mempunyai populasi 50,000 orang kira-kira 320km dari Santa Fe.
Sembilan individu cedera dalam insiden itu, kata Crum. – AFP, 16 Mei, 2023.
Komen