Kerugian Anwar jika Erdogan kalah dalam pilihan raya Turkiye?


AGENSI beritaTurkiye, Anadolu melaporkan penyandang Presiden Turkiye,  Recep Tayyip Erdogan telah mendekati 50% iaitu 49.36% manakala pemimpin pembangkang, Kemal Kilicdaroglu, mencatatkan undian melebihi 44.39%.

Kilicdaroglu menolak laporan Anadolu dengan mengatakan ia sesuatu yang mengelirukan dan pengerusi Parti Rakyat Republic itu mendakwa beliau sedang mendahului tetapi menyebutnya.

Akhbar The Guardian pula pula mengatakan dengan hampir 99.5% penti undi dikira, Erodgan menerima 49.9% undi dan persainnya, Kılıçdaroğlu With menerima 44.96%.

Jika tidak ada calon yang memperoleh lebih daripada 50%, mereka akan bersaing dalam undian semula dalam dua minggu akan datang iaitu pada 28 Mei.

Tidak seperti sebelum ini, pada piihan raya ini, Presiden Turkiye, berhadapan persaingan yang sengit daripada gabungan enam parti pembangkang yang diketuai oleh Parti Rakyat Republik (CHP) bersama enam parti lain telah bersepakat untuk mengalahkan  Erdogan dalam pilihan raya kali ini.

Negara-negara Barat sedang memerhatikan perkembangan yang berlaku di Turkiye dengan penuh keprihatinan, Amerika Syarikat (AS) terutamanya tidak bersetuju dengan langkah Turkiye yang berbaik-baik dengan Russia terutamanya selepas membeli peluru berpandu S-400 daripada negara tersebut pada 2019.

Walaupun mereka tidak campur tangan secara langsung dalam pilihan raya akan datang ini tetapi media mereka menyumbang memberikan imej buruk kepada Erdogan dan seolah-olah menyokong pemimpin pembangkang, Kilicdaroglu.

Media Barat terutamanya memain peranan penting dalam pilihan raya seolah-olah mereka adalah media pembangkang di Turkiye. Bahkan mereka berkempen membantu supaya raykat Turkiye mengundi Kilicdaraglu. Tidak dipastikan adakah jumlah besar yang diperolehi itu adalah daripada pengaruh media Barat. Satu kajian harus dilakukan.

Justeru, beberapa bulan sebelum pilihan raya,Majalah berpengaruh The Economist membuat liputan khas mengenai pilihan raya Turkiye dengan memberitahu rakyat Turkiye bahawa Erdogan harus pergi. Malah majalah tersebut menggesa rakyat Turkiye mengundi calon pembangkang demi menyelamatkan demokrasi dan menuduh beliau yang memenangi pilihan raya dan memerintah selama 20 tahun itu dengan gaya autokratik.

Tanpa memperdulikan pencapaian Erdogan selama 20 tahun memerintah Turkiye (walaupun sekarang berhadapan penurunan mata wang dan kadar inflasi yang tinggi), akhbar British The Independent, Guardian, akhbar Peranchis Le Poin dan Le Monde, akhbar AS seperti New York Times dan Wall Streer Journal dan majalah New Yorker telah membelakangkan etika kewartawanan dan seolah-olah berkempen dalam pilihan raya Turkiye ini dengan membuat dakwaan-dakwaan yang menentang Erodogan  dan mempromosikan Kilicdaraglu.

Sebuah artikel yang disiarkan Associated Press dan digunakan oleh media Eropah lain telah mengibliskan Erdogan dan memperkenalkan pesaingnya calon Presiden sebagai penyelamat  Turkiye dan rakyatnya daripada “diktator” Erdogan.

Betapa bimbangnya Barat jika Erogan menang dalam pilihan raya kali kerana dasar luar Turkiye yang semakin akrab dengan Russia dan memainkan peranan utama menjalin hubungan baik dengan Syria.

Keengganan Turkiye menyertai sekatan ekonomi Barat ke atas Russia tentunya menaikkan kemarahan negara anggota Nato terutamanya AS.

Pada 27 April lepas, dalam majlis penghantaran sumber tenaga Nuklear kepada di loji jana tenaga nuklear di selatan Turkiye, Presiden Vladimir Putin melalui persidangan video telah mengumumkan sokongannya kepada rakan sejawatannya itu menjelang pilihan raya ahad ini.

Jika diperhatikan ucapan yang diberikan oleh kedua-dua pemimpin di  majlis Loji Tenaga Nuklear Akkutu dipenuhi dengan luahan persahabatan. Kedua-dua pemimpin dikatakan berkongsi hubungan bukan sekitar rasmi tetapi bersifat peribadi yang membawa manfaat kepada kedua negara selama dua dekad ini. Sesuatu yang dinamakan kepimpinan dalam diplomasi.

Jika angka menunjukkan Erdogan gagal mencapai catatan undian 50% dan kalah dalam pilihan raya  undian semula pada 28 Mei maka tentulah ia membawa kerugian kepada Russia yang memerlukan hubungan baik dengan Turkiye sebagai rakan strategik dalam geopolitik mengimbangi kuasa AS yang menguasai rantau Mediterranean.

Begitu juga dengan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim yang bukan sekadar mempunyai hubungan baik Malaysia dan Turki, khususnya secara peribadi di antara Anwar dan keluarga Erdogan, yang bukan suatu rahsia lagi.

Mungkin jalinan hubungan Anwar dan Erdogan lebih lama hubungan Erdogan dengan Putin.

Malah Tayyib Erdogan adalah di antara pemimpin utama dunia yang terawal menghubungi Anwar bagi merakamkan ucapan tahniah beberapa jam selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10. 
Panggilan jauh itu diterima sejurus sebelum Anwar memulakan sidang media pertamanya di Sungai Long Club House, Kajang, Selangor.

Kedua-dua pemimpin yang sememangnya diketahui mempunyai hubungan rapat meneruskan perbualan selama hampir 10 minit.

Semasa Turkiye ditimpa malapetaka atas dasar persahabatan istimewa yang terjalin antara Malaysia-Turkiye, dan kemusnahan teruk yang dialami akibat gempa bumi yang melanda negara berkenaan. Perdana Menteri  terus mengunjungi negara tersebut untuk melihat keadaan di sana.

Pada Disember lalu, Anwar menerima kunjungan hormat Bilal Erdogan, anak Presiden Turki Erdogan.

Anwar menerusi perkongsian di Facebook, berharap kunjungan itu akan terus mempererat hubungan Malaysia dan Turki.

“Meraikan saudara Bilal Erdogan semalam yang membuat kunjungan ke Kuala Lumpur. Insya Allah, hubungan antara kedua-dua negara Malaysia dan Turki terus dipererat,” katanya.

Pada 2018, Anwar pernah menjalani pembedahan tulang belakang dan bahu di Medipol Mega University Hospital di Istanbul dan beliau juga dikunjungi Tayyib Erdogan dan isterinya selepas menjalani pembedahan.

Pada Julai 2008, Anwar yang semasa itu adalah ketua umum PKR pernah mendapatkan perlindungan di kedutaan Turkiye atas alasan keselamatan diri terancam.

Bahkan hubungan rapat antara  Anwar dan Erogan sehingga membawa beliau pernah menjadi penasihat ekonomi Turkiye dan ramai pemimpin politik Pakatan Rakyat (PAS semasa itu adalah ahli PR)  yang dijemput ke Istanbul untuk belajar pengalaman AKP hinggakan ramai ahli PAS dicap Edorgan ketika itu.

Anwar yang semasa itu Ahli Parlimen Port Dickson dalam peryertaannya di acara Bosphorus Summit 2018 berkata, persahabatannya dengan pemimpin kerajaan Turki diharap memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara.

“Sejurus usai acara Bosphorus Summit 2018, beliau sempat ke Istana Yildiz bertemu Erdogan sebelum pulang ke tanah air.

Jika Erdogan kalah dalam undian semula adakah ia membawa kerugian kepada Anwar dan Malaysia? Hubungan seperti di atas bersifat peribadi dan berbentuk persahabatan dalam kekeluargaan tidak akan berlaku kerana tiada keistimewaan dalam hubungan Malaysia-Turkiye. 

Andaikan jika sesuatu menimpa Erdogan katakan daripada aspek keselamatan diri dan keluarga adakah beliau akan berlindung di kedutaan Malaysia di Turkiye atau Malaysia memberikan suaka politik kepada beliau? 

Malaysia misalnya akan kehilangan sokongan Turkiye dalam isu-isu antarabangsa yang melibat negara Islam dan masyarakat Islam seperti isu hak asasi di Tunisia.dan keganasan rahib Buddha dan tentera Myanmar ke atas etnik Rohingya bahkan Turkiye tidak akan ke hadapan mengkritik regim haram Zionis Israel dalam isu keganasan ke atas penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Ini merupakan suatu kerugian bagi dunia Islam dan juga Malaysia kerana ketiadaan rakan akrab kepada Malaysia yang mengkritik secara vokal dalam isu Palestin misalnya.

Kalangan pemimpin negara Islam dan Gerakan Islam cenderung menyukai Erdogan yang memperjuangkan masyarakat Islam yang tertindas.

Pemimpin pembangkang lebih cenderung menjalin hubungan yang baik semula dengan AS dan Nato dan akan bertindak demi kepentingan Barat.– 16 Mei, 2023.

* Ismail Hashim Yahaya adalah pemerhati isu geopolitik dan perhuhungan antarabangsa.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen