PERBADANAN Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menasihatkan penduduk di negeri ini supaya menyimpan air.
Notis itu dibuat selepas Sungai Muda di Kedah yang membekalkan air kepada 80% Pulau Pinang mengalami penurunan melampau paras air.
Dalam satu kenyataan, PBAPP berkata paras air direkodkan di bawah 1m pada kira-kira jam 5 pagi tadi di muka sauk Lahar Tiang.
“Punca sebenar penurunan itu belum dapat ditentukan tetapi mengesyaki “kemalangan” berlaku di hulu.
“Akibatnya bekalan air di Pulau Pinang akan terjejas.
“Sebagai tindak balas PBAPP sedang mengeluarkan air dari Empangan Mengkuang untuk digunakan di loji rawatan air Sungai Dua,” katanya dalam satu kenyataan.
PBAPP menambah mereka sedang berhubung dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menyelesaikan isu itu.
Dua hari lalu PBAPP mengeluarkan amaran air selepas dua empangan utama di Pulau Pinang menurun kepada paras 50%.
Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP K. Pathmanathan berkata sebelum ini kapasiti efektif Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang masing-masing ialah 51.8 peratus dan 51.3 peratus.
Kapasiti berkesan kedua-dua empangan ialah 82.5 peratus dan 64 peratus pada awal tahun ini.
Malaysia menyaksikan suhu meningkat sejak dua bulan lalu.
Maklumat terkini mengenai status cuaca panas boleh didapati di laman web MetMalaysia dan langkah pencegahan untuk mengurangkan kesan kesihatan boleh didapati di laman web Kementerian Kesihatan. – 14 Mei, 2023.
Komen