KIRA-KIRA 200,000 penduduk hilang tempat tinggal susulan banjir di tengah Somalia, apabila sungai Shabelle melimpah dan menyebabkan jalan tenggelam, kata pihak berkuasa.
Penduduk di bandar Beledweyne di wilayah Hiran terpaksa keluar meninggalkan rumah masing-masing apabila hujan lebat menyebabkan air naik.
Mangsa banjir terpaksa membawa barangan di atas kepala masing-masing ketika meredah banjir di jalan raya dalam usaha mereka mendapatkan tempat perlindungan.
“Kira-kira 200,000 penduduk kini hilang tempat tinggal akibat banjir kilat di Beledweyne dan jumlah itu akan meningkat tidak lama lagi,” kata Timbalan Gabenor Hal Ehwal Sosial Hiran Ali Osman Hussein.
“Kami sedang berusaha menolong sebaik mungkin mangsa banjir.”
Tiga terbunuh akibat banjir, setakat ini.
Bencana itu berlaku sebaik saja tamat musim kemarau yang paling teruk pernah direkodkan, menyebabkan jutaan rakyat Somalia kebuluran. – AFP, 14 Mei, 2023.
Komen