Bersatu tangguh pemilihan bahagian, MPT kecuali cawangan


Kata Hamzah, Bersatu kini bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya di enam negeri itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Mei, 2023.

MAJLIS Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu bersetuju agar pemilihan bahagian dan MPT kecuali cawangan ditangguhkan tidak lebih daripada tempoh 18 bulan mengikut fasal 14.15 Perlembagaan parti itu.

Setiausaha Agungnya Hamzah Zainudin menerusi satu kenyataan hari ini berkata persetujuan itu dicapai selepas mesyuarat MPT yang dipengerusikan oleh Muhyiddin Yassin semalam.

“Bersatu bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya di enam negeri yang bakal berlangsung tidak berapa lama lagi dengan seluruh kekuatan jentera parti diperkemaskan membabitkan kesemua negeri agar menjadi satu ketumbukan yang ampuh,” katanya. – Bernama, 13 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen