TURKIYE mempunyai “institusi demokrasi membanggakan” menurut White House pada Jumaat ketika jutaan rakyat Turkiye bersedia untuk mengundi dalam pilihan raya presiden dan Parlimen seluruh negara, lapor Agensi Anadolu (AA).
“Kami akan menyerahkan kepada rakyat Turkiye untuk menentukan masa depan mereka. Kami tidak terlibat dalam pilihan raya itu dan pastinya tidak mengulas mengenai calon individu.
“Itu untuk rakyat Turkiye membuat keputusan. Dan sekali lagi, tradisi demokrasi diterjemahkan di Turkiye, yang saya rasa kita semua menghargainya,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby kepada pemberita.
Pilihan raya di Turkiye akan berlangsung pada 14 Mei.
Untuk persaingan presiden menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Presiden Recep Tayyip Erdogan, ketua pembangkang utama Parti Rakyat Republikan (CHP), Kemal Kilicdaroglu dan calon Perikatan Negara Sinan Ogan.
Seorang lagi calon presiden,Muharrem Ince, menarik diri pada Khamis. – Bernama, 13 Mei, 2023.
Komen