Dewan Perwakilan AS lulus undang-undang keselamatan sempadan


Rang udang-undang keselamatan AS akan menyambung semula pembinaan tembok sempadan AS-Mexico. – Gambar EPA, 12 Mei, 2023.

DEWAN Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis meluluskan rang undang-undang keselamatan sempadan ketika ribuan pendatang yang berkumpul di sempadan AS-Mexico menunggu untuk memasuki negara itu selepas polisi imigresen Title 42 tamat tempoh lewat petang itu, lapor Sputnik.

Dewan perwakilan meluluskan rang undang-undang itu, digelar Secure the Border Act menerusi undian 219-213, dengan dua Republikan menyertai Demokrat sebagai pembangkang.

Rang udang-undang itu akan menyambung semula pembinaan tembok sempadan AS-Mexico, memperluaskan kesalahan jenayah yang membatalkan kelayakan individu mendapatkan suaka, dan mewujudkan sistem pengesahan elektronik untuk majikan bagi menentukan kelayakan pemohon.

Dewan meluluskan rang undang-undang itu beberapa jam sebelum dasar era Covid Title 42, yang membenarkan pihak berkuasa AS menolak kemasukan pendatang demi kepentingan kesihatan awam, tamat tempoh. – Bernama, 12 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen