Isu salah laku, Loke jumpa Azam Baki Selasa depan


Menteri Pengangkutan Anthony Loke dijangka bertemu Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki pada Selasa untuk membincangkan isu laporan salah laku petugas jabatan di bawah kementerian itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Mei, 2023.

MENTERI Pengangkutan Anthony Loke dijangka bertemu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki pada Selasa untuk membincangkan isu laporan salah laku petugas jabatan di bawah kementerian itu.

Loke berkata beliau menerima laporan (dalaman) mengenai kes itu yang diselesaikan, bagaimanapun beliau mengakui terdapat kes tertunggak.

“Saya akan berjumpa dengannya (Azam) mengenai isu yang beliau ingin bangkitkan dan saya menghargai jika beliau boleh memberikan maklumat lanjut,” katanya di luar acara Persidangan Undang-undang dan Perniagaan Maritim 2023 hari ini.

Semasa ditanya mengenai kes berkenaan, beliau berkata kebanyakan kes melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan, dan ada kes diselesaikan menerusi tindakan tatatertib dan sebagainya.

Persidangan dua hari itu dianjurkan Persatuan Undang-undang Maritim Antarabangsa Malaysia (IMSML).

Loke berkata beliau akan mendapatkan pandangan Azam mengenai isu salah laku di pejabat menteri dan bagaimana untuk mengurangkan risiko terdedah kepada isu yang melibatkan integriti. – Bernama, 12 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen