Kediaman bekas menteri pertahanan Korea Selatan diserbu disyaki salah guna kuasa


Pejabat bekas menteri pertahanan Korea Selatan, Song Young Moo turut diserbu pasukan penyiasat. – Gambar EPA, 12 Mei, 2023.

PASUKAN penyiasat menyerbu kediaman dan pejabat bekas menteri pertahanan Korea Selatan Song Young Moo pada Jumaat kerana disyaki salah guna kuasa.

Song, yang berkhidmat di bawah pentadbiran Moon Jae In, dituduh memaksa pegawai kanan kementerian menghasilkan dan mengesahkan dokumen yang menyangkal laporan media beliau pernah menyatakan rancangan undang-undang ketenteraan kontingensi kontroversi oleh kerajaan Park Geun Hye sebelum ini “adalah sah tidak mempunyai masalah.”

Pelan undang-undang tentera dirangka sebelum Park dipecat pada 2017.

Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi menugaskan pasukan penyiasat menyerbu kediaman dan pejabat Song, salah seorang bekas pembantunya, bekas jurucakap kementerian dan Kementerian Pertahanan untuk merampas bukti.

Pegawai berkata mereka akan memanggil Song dan beberapa orang lagi untuk disoal siasat selepas menganalisis bukti yang diperoleh. – Bernama, 12 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen