Hak pengundi Selangor akan teruk terjejas, kata DAP


Muzliza Mustafa

Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming mengatakan proses persempadanan semula akan memberi kesan kepada 18 kawasan bukannya lima. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Mac, 2018.

CADANGAN persempadanan semula bahagian pilihan raya yang akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi akan memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional untuk kembali merampas Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14, kata Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming.

Wakil rakyat DAP itu mengatakan proses persempadanan semula itu mungkin menggunakan kertas cadangan pertama Suruhanjaya Pilihan Raya yang memberi kesan kepada 18 kawasan berbanding hanya lima.

“Berdasarkan maklumat yang kami terima daripada mereka yang mengetahui perkara ini, kertas cadangan kedua akan ditarik balik dan digantikan dengan kertas cadangan pertama untuk dibentangkan yang dilakukan tanpa mengikut Perlembagaan Persekutuan. Ini akan memberi kelebihan kepada BN untuk merampas Selangor,” kata Ong.

Disebabkan itu, Ong mengatakan beliau mahu memberikan amaran awal kepada pengundi di Selangor yang hak mereka akan terjejas dengan pelaksanaan proses persempadanan semula ini.

Tetapi pemimpin pembangkang akan menentangnya, katanya lagi.

“Kami akan melawan untuk anda di dalam dan luar Parlimen untuk menghentikan perkara ini. Ia dilakukan dengan niat jahat.” – 21 Mac, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen