Samling disiasat lakukan aktiviti didakwa tidak wajar


Desmond Davidson

Sistem Pengurusan Hutan (FSC) melancarkan siasatan terhadap syarikat gergasi perkayuan Sarawak, Samling berhubung pelanggaran perhutanan mampan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Mei, 2023.

SEBUAH badan pensijilan perhutanan terkemuka dunia Sistem Pengurusan Hutan (FSC) melancarkan siasatan terhadap syarikat gergasi perkayuan Sarawak, Samling.

Siasatan dibuat selepas organisasi yang berpangkalan di Bonn itu menerima aduan difailkan beberapa kumpulan masyarakat sivil Oktober lalu bahawa terdapat “bukti yang mencukupi” berhubung pelanggaran perhutanan mampan.

FSC berkata pihaknya sedang menyiasat perkara itu selepas mendapati dua pemegang sijil FSC secara tidak langsung terlibat dalam “aktiviti yang didakwa tidak wajar.”

FSC ialah organisasi bukan berdasarkan keuntungan antarabangsa ditubuhkan pada 1993 yang menggalakkan pengurusan hutan dunia yang bertanggungjawab melalui pensijilan kayu.

Ibu pejabatnya di seluruh dunia berpangkalan di Bonn, Jerman tetapi terdapat beberapa pejabat di seluruh dunia.

Dalam satu kenyataan dalam talian semalam FSC menyatakan ia akan membuka kes terhadap dakwaan pembalakan haram atau perdagangan kayu haram atau hasil hutan, pencabulan hak tradisional dan hak asasi manusia dalam operasi perhutanan, pemusnahan nilai pemuliharaan tinggi dalam operasi perhutanan dan penukaran hutan yang ketara kepada ladang atau bukan penggunaan hutan oleh Samling Global Limited.

FSC dalam laman webnya menyatakan aktiviti yang didakwa itu kebanyakannya berlaku antara 2017 dan 2022 di kawasan Hutan Ulu Baram di Sarawak.

“Tuduhan dibuat terhadap entiti Samling Global Limited yang tidak diperakui FSC tetapi disambungkan kepada dua pemegang sijil rantaian jagaan yang juga termasuk dalam kumpulan Samling.

“Disebabkan rantaian sijil jagaan penglibatan tidak langsung dalam aktiviti yang didakwa tidak wajar yang ditakrifkan dalam Polisi Persatuan FSC, FSC telah memutuskan untuk menerima aduan dan membuka kes polisi untuk persatuan terhadap Samling Global Limited,” kata FSC pada satu kenyataan.  – 11 Mei, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen