Presiden Myanmar Htin Kyaw letak jawatan


Presiden U Htin Kyaw dimaklumkan meletakkan jawatan melalui kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasminya. – Gambar EPA, 21 Mac, 2018.

PRESIDEN Myanmar dan pemimpin kanan Aung San Suu Kyi, Htin Kyaw meletakkan jawatan pada Rabu selepas dua tahun menyandangnya.

“Presiden Myanmar U Htin Kyaw meletak jawatan pada 21 Mac 2018,” kata satu kenyataan di laman Facebook rasmi presiden itu, sambil menambah seorang pemimpin baru akan dipilih “dalam masa tujuh hari bekerja”. – AFP, 21 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen