Polis teliti laporan SPRM mengenai salah laku pegawai, kata KPN


Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis bekerjasama rapat dengan setiap agensi untuk memastikan integriti polis dipertahankan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Mei, 2023.

POLIS Diraja Malaysia sedang meneliti laporan salah laku pegawai mereka yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani.

Ia selepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata lebih 500 laporan salah laku diabaikan begitu sahaja kerana beberapa agensi kerajaan tidak bertindak ke atasnya.

Dilaporkan daripada 533 laporan yang dikemukakan oleh SPRM, majoritinya membabitkan polis (125). Tempat kedua adalah Jabatan Pengangkutan Jalan.

Acryl berkata Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman sudah menyediakan laporan lengkap mengenai isu itu.

“Polis tidak pernah berkompromi atau leka,” kata Acryl dipetik Berita Harian.

“Kami sentiasa bekerjasama rapat dengan setiap agensi untuk memastikan integriti polis sentiasa dipertahankan.” – 10 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen