KIRA-KIRA 274 juta orang di seluruh dunia bertutur dalam bahasa Perancis dan menjelang 2050, jumlah itu dijangka mencecah angka 700 juta, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa sempena sambutan Hari Bahasa Perancis.
Farhan Haq, timbalan jurucakap kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, berkata kira-kira 80% penutur bahasa Perancis ketika itu dijangka berasal dari Afrika, katanya memetik kenyataan International Francophonie Organisation (IFO) yang berpangkalan di Paris.
‘’Bagaimanapun, ketika ini, meskipun memiliki status sebagai bahasa rasmi utama dunia, bahasa Perancis kurang menyerlah di badan-badan antarabangsa seperti PBB dan Kesatuan Eropah (EU).
Hari Bahasa Perancis disambut setiap tahun pada 20 Mac.
Acara itu adalah bagi meraikan keanekabahasaan dan kepelbagaian budaya serta mempromosi penggunaan saksama kesemua enam bahasa rasmi dunia di PBB. – Bernama, 21 Mac, 2018.
Komen