Angkasawan wanita pertama Arab Saudi berlepas ke ISS 21 Mei


Rayyanah Barnawi merupakan seorang penyelidik kanser payudara. – Gambar Twitter, 8 Mei 2023.

ANGKASAWAN wanita pertama Arab Saudi akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 21 Mei ini, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS), Nasa.

Rayyanah Barnawi, seorang penyelidik kanser payudara, bersama angkasawan lelaki Ali AlQarni akan menjadi sebahagian daripada misi Axiom Space 2, yang akan dilancarkan pada kira-kira pukul 5.37 petang (waktu EDT) pada 21 Mei, kata Nasa.

Misi 10 hari itu dirancang untuk berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida pada 8 Mei, sebelum pelancarannya dijadualkan semula pada 21 Mei oleh Nasa dan Axiom Space.

Dua angkasawan Arab Saudi itu dijangka menyertai angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan Al Neyadi yang sedang dalam misi selama enam bulan di ISS.

Angkasawan Peggy Whiston dan perintis perniagaan serta juruterbang John Shoffner juga akan menjadi sebahagian daripada misi Axiom Space 2. – Bernama, 8 Mei 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen