SEKURANG-KURANGNYA tujuh terbunuh sementara beberapa yang lain cedera selepas sebuah kereta merempuh orang ramai yang sedang berkumpul di perhentian bas di luar pusat bantuan imigran, kata polis.
Pihak berkuasa berkata insiden itu disifatkan sebagai kemalangan buat masa ini, walaupun ada saksi memberitahu AFP pemandu terbabit menjerit dan menghina kepada kumpulan berkenaan sebelum merempuh ke arah mereka.
Kenderaan SUV berwarna kelabu itu melanggar lampu isyarat merah dan melanggar beberapa individu. Insiden berlaku kira-kira 8.30 malam waktu tempatan di Brownsville, bandar sempadan di negeri itu, kata jurucakap polis Martin Sandoval.
Katanya, tujuh mangsa maut dan hampir 10 yang lain cedera.
Saksi, Luis Herrera yang mengalami kecederaan di tangan berkata kemalangan itu berlaku tiba-tiba.
“Seorang wanita menjerit suruh kami ke tepi. Tiba-tiba saja pembunuh itu dari dalam kereta, menunjuk ke arah kami dan menghina kami,” katanya yang juga warganegara Venezuela.
Herrera berkata pemandu kenderaan terbabit menekan pedal minyak dengan laju. – AFP, 8 Mei, 2023.
Komen