Letupan ke-6 berlaku di Texas


Sejak awal Mac lalu, enam letupan dilaporkan berlaku di Texas menyebabkan dua terbunuh dan berpuluh yang lain cedera. Letupan terbaru berlaku di pusat pengedaran FedEx.– Gambar AFP, 21 Mac, 2018.

LETUPAN keenam dilaporkan berlaku di bandar Austin, Texas lewat semalam susulan beberapa siri letupan yang setakat ini sudah membunuh dua orang, kata pihak berkuasa.

Pegawai keselamatan mengatakan mereka bertindak balas kepada siri letupan yang dilaporkan berlaku di selatan bandar itu.

Seorang lelaki dalam usia 30-an dibawa ke hospital “yang walaupun cedera parah tetapi tidak mengancam nyawa,” kata agensi perkhidmatan kecemasan di Austin menerusi akaun Twitternya.

Media tempatan melaporkan yang letupan itu berlaku di kedai barangan terpakai Goodwill.

Siri letupan yang bermula awal Mac itu kebanyakkannya berlaku di Austin, ibu kota dengan penduduk hampir sejuta orang menyebabkan dua terbunuh dan beberapa lagi cedera.

Tetapi selepas tengah malam Isnin, sebuah bungkusan meletup di pusat pengedaran FedEx di Schertz, di luar San Antonio.

Pihak berkuasa mengesahkan laporan media yang bungkusan itu mengandungi logam tajam dan paku.

Walaupun tiada kecederaan serius dilaporkan, pihak berkuasa mengatakan serangan itu tidak mempunyai dengan letupan yang membunuh dua orang sebelum ini. – AFP, 21 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen