Tentera janji bekal peluru, kata Wagner


Wagner pasukan tentera upahan yang berada di barisan hadapan sejak beberapa bulan kebelakangan ini terutama di wilayah Donetsk dan sentiasa pantas menyokong perjuangan Rusia. – Gambar Facebook, 7 Mei, 2023.

KETUA kumpulan tentera upahan Wagner mendakwa Rusia menjanjikan bekalan peluru yang mencukupi untuk kekal di bandar Bakhmut selepas mengancam untuk menarik tenteranya dalam sebuah video, sebelum ini.

Persaingan antara Yevgeny Prigozhin dan tentera konvensional muncul semasa pertempuran di timur Ukraine di mana Wagner mengetuai serangan.

Ia berlaku ketika Rusia melaporkan peningkatan serangan dan sabotaj dron di tengah-tengah spekulasi serangan balas yang dijangka dari Ukraine.

“Kami terima arahan tempur…mereka berjanji memberi peluru dan senjata diperlukan untuk meneruskan operasi di Bakhmut.

“Semuanya yang diperlukan akan disediakan,” kata Prigozhin pemimpin pasukan berkenaan.

Pada Jumaat, dia mengancam akan menarik tenteranya dari Bakhmut pada 10 Mei dengan menyalahkan Menteri Pertahanan Rusia Sergei Shoigu dan Ketua Staf Am Angkatan Tentera Rusia Valery Gerasimov atas ‘berpuluh ribu’ korban Rusia.

“Mereka tidak profesional yang memusnahkan puluhan ribu lelaki Rusia dan ini tidak boleh dimaafkan,” katanya ketika itu.

Dalam video, Prigozhin kelihatan menunjukkan barisan tentera Wagner yang terbunuh.

Berbulan lamanya Prigozhin yang menerajui serangan Rusia ke atas Bakhmut menuduh tentera konvensional menolak untuk menghantar peluru kepada tenteranya. – AFP, 7 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen