ISU Kementerian Kewangan (MOF) yang membangkitkan kebimbangan mengenai percubaan seorang pegawai kanan dalam Human Resource Development Corp (HRD Corp) untuk meneruskan projek tanpa kelulusan lembaga sudah diselesaikan, kata HRD Corp dalam satu kenyataan.
“Perkara dalam surat (MoF) dijawab dan diselesaikan pada mesyuarat Lembaga Pengarah HRD Corp.
“Selain itu kami percaya kandungan surat itu dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dan tidak dimaksudkan untuk kegunaan awam dan penerbitan media.
“Di HRD Corp kami sentiasa komited untuk mengekalkan standard etika, ketelusan dan integriti tertinggi,” katanya hari ini.
HRD Corp menjawab laporan portal berita berkenaan seorang pegawai kanan HRD Corp berada dalam pemerhatian MoF kerana cuba memperdaya dengan menyatakan mereka sudah menerima kebenaran lembaga pengarah HRD Corp untuk meneruskan program dikenali sebagai “Skills Passport.”
Portal berita itu berdasarkan laporannya pada surat MoF pada minit mesyuarat lembaga HRD Corp bertarikh 6 Oktober 2022.
“Kami mengambil berat terhadap dakwaan yang tidak berasas dalam artikel itu.
“Kkami akan mengambil semua tindakan yang perlu untuk mempertahankan reputasi kami dan melindungi kepentingan kami,” kata HRD Corp. – 7 Mei, 2023.
Komen