Tembakan rambang di Texas, 9 cedera


Sekurang-kurannya 9 cedera dan jumlah kematian tidak dapat disahkan selepas berlaku kejadian tembakan rambang di pusat beli belah di Texas. – Gambar AFP, 7 Mei, 2023.

SEORANG penembak melepaskan tembakan di sebuah pusat beli belah di Dallas, Texas pada Sabtu, dan pegawai kecemasan mengesahkan terdapat kematian dan sekurang-kurangnya sembilan orang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran.

Ada mangsa semuda lima tahun, lapor CNN.

Anggota polis berada di situ bagi menyelesaikan kes berlainan apabila tembakan berlaku sekitar jam 3.30 pm, kata Ketua Brian Harvey dari polis Allen, Texas.

“Dia mendengar tembakan, berdepan dengan penembak dan menembaknya,” kata Harvey. “Dia juga memanggil ambulans.”

Harvey mengesahkan ada kematian tetapi enggan memberikan jumlah sebenar, berkata “kami tidak ada bilangan tepat.”

Ketua Bomba Allen Jonathan Boyd berkata jabatannya “memindahkan sembilan mangsa ke fasiliti kesihatan berhampiran.”

Gabenor Texas Greg Abbot menyifatkan kes itu sebagai “tragedi yang sangat dikesali”.

Pihak berkuasa pada mulanya beranggapan wujud penembak kedua di Allen Premium Outlets, pusat beli belah di bandar Allen, 40 km utara Dallas, kata CNN.

Harvey kemudiannya berkata polis percaya penembak tidak dikenali itu “bertindak sendirian.”

Dengan jumlah senjata api lebih banyak berbanding penduduk, Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian berkaitan senjata api lebih tinggi daripada mana-mana negara maju- 49,000 orang pada 2021, lebih tinggi berbanding 45,000 pada tahun sebelumnya.

Terdapat lebih 195 tembakan massa -ditakrifkan sebagai empat atau lebih orang cedera atau mati- setakat tahun ini di AS, menurut Gun Violence Archive. – AFP, 7 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen