Kek lemon bunga elder untuk perkahwinan Putera Harry, Meghan


Chef kelahiran Amerika, Claire Ptak yang menguruskan sebuah kedai kek kecil di London diupah untuk membuatnya. – Gambar AFP, 21 Mac, 2018.

MEGHAN Markle dan tunangnya, Putera Harry memilih chef Amerika berpangkalan di London, Claire Ptak untuk membuah kek perisa lemon dengan bunga elder untuk majlis perkahwinan mereka, umum pasangan itu semalam.

“Putera Harry dan Cik Markle meminta Cik Ptak untuk membuat kek perisa lemon dengan bunga elder sempena musim luruh,” kata Kensington Palace, kediaman rasmi putera itu di London dalam satu kenyataan.

“Ia akan diliputi dengan krim mentega dan dihiasi dengan bunga segar.”

Pasangan itu “menunggu-nunggu masa untuk berkongsi kek itu dengan tetamu majlis perkahwinan mereka,” tambahnya.

Ptak yang dibesarkan di California adalah penulis dan penggaya makanan, perunding serta pereka resepi serta pemilik sebuah kedai kek terkenal, Violet di London.

Beliau memulakan perniagaan di sebuah gerai di Pasar Broadway sebelum membuka kedainya pada 2010 dengan fokus menggunakan bahan berkualiti, bermusim dan organik.

Ptak sebelum ini bekerja sebagai chef pastri dengan chef ternama, Alice Walters di restoran Chez Panisse di Berkeley, California.

“Saya tak boleh gambarkan betapa gembiranya saya dipilih untuk membuka kek perkahwinan Putera Harry dan Cik Markle,” katanya dalam satu kenyataan.

Markle, bekas pelakon yang juga berasal dari Amerika pernah menguruskan blog gaya hidupnya sendiri serta menembual Ptak untuk blognya.

Beliau dan Putera Harry akan berkahwin di St George’s Chapel, Windsor Castle, kediaman Ratu Elizabeth II terletak di barat London pada 19 Mei depan. – AFP, 21 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen