LIMA tentera India dilaporkan terbunuh dalam kejadian letupan ketika mengejar militan di hutan daerah Rajouri di Jammu dan Kashmir pada Jumaat.
Laporan awal sebelum ini memaklumkan dua askar terbunuh manakala empat cedera, tetapi tentera kemudiannya mengemas kini jumlah kematian.
“Tiga anggota tentera yang cedera sebelum ini dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.
“Operasi masih berjalan,” menurut kenyataan itu.
Pada April, lima askar India terbunuh dalam serangan hendap di kawasan Poonch di wilayah Himalaya. – Bernama, 5 Mei, 2023.
Komen