MENTERI Pertahanan Jerman Boris Pistorius dan rakan sejawatnya dari Denmark Troels Lund Poulsen dijadual memeriksa latihan ketenteraan Ukraine ketika mengendalikan kereta kebal utama Leopard 1 A5 pada Jumaat, lapor dpa.
Tenaga pengajar Jerman dan Denmark kini melatih tentera Ukraine untuk menggunakan dan menyelenggara sistem senjata di kem tentera Jerman di Klietz.
Jerman, Belanda dan Denmark turut membiayai kos pembaikan kereta kebal.
Semasa lawatan itu, Pistorius dan Poulsen dijadual mengadakan perbincangan dengan tenaga pengajar dan tentera Ukraine.
Setakat ini, lebih 3,000 askar Ukraine menerima latihan di kem itu. Menjelang akhir tahun ini, jumlah itu dijangka meningkat kepada 9,000. – Bernama, 5 Mei, 2023.
Komen